Kenapa kita perlu menghapus sikap mengejar kekayaan?
1.
Kita mengucap kalimah syahadah, bukan kalimah duit. Kita mengaku bahawa
Tiada Tuhan Selain Allah, Bukan Tiada Tuhan Selain Duit. Kita percaya
hanya Allah saja yang berkuasa untuk memberi sihat, kesenangan dan
bahagia bukannya duit.
2. Mengejar kekayaan
lebih banyak buruk dari yang baik. kerana apa? Apabila kita membayangkan
kita akan jadi kaya pada tahun depan, kita akan buat APA SAJA untuk
mendapatkan kekayaan tersebut, termasuk menerima rasuah, menindas orang,
bersikap rakus dan tamak, berselisih faham dan pentingkan diri sendiri
dan ada yang memutuskan silatulrahim kerana menganggap rakan/keluarga
adalah penghalang kepada mereka mencapai cita-cita untuk menjadi KAYA.
3.
Bayangkan setiap orang mempunyai ciri-ciri di atas, apa akan jadi ke
atas dunia? semua manusia dah tiada pedoman, semuanya menganut agama
"kertas" kerana mereka percaya kertas yang diberi nama duit itu adalah
Tuhan mereka. Bayangkan manusia berbunuh, mendengki sesama sendiri
kerana nak Kaya. Siapa yang dapat untung? the hidden hand. Merekalah
paling untung kerana manusia kini menganut dakyah mereka.
4.
Negara yang boleh hidup secara aman harmoni, ialah apabila semua
rakyat, hidup dalam keadaan sama rata, tiada kaya atau miskin, semuanya
sama. Maka tiadalah sifat mendengki, penipuan, jenayah dan lain-lain.
Fikirkan kenapa masalah jenayah semakin berleluasa hingga hari ini, Ini
semua kerana Dakyah nak kaya, nak hidup senang.
Di dalam azan terkandung satu kata-kata hikmat lagi sakti iaitu " Marilah bersama menuju kejayaan !"
Inilah
yang dianjurkan oleh Islam, bukan penindasan gara-gara kerakusan mereka
yang bertuhankan duit. Bagi adik beradik ku sekalian, hang pa kena
ingat, matlamat kita fisabilillah bukan menaikkan ekonomi tapi
perjuangan kita kerana Allah s.w.t
Apabila
jemaah kita kuat, secara tidak langsung ekonomi juga akan naik dan tiada
lagi adik beradik yang susah. Kepada adik beradik yang menganut fahaman
36 dan 77. Berhentilah membuat kerja tidak berfaedah, sampai bila hang
pa nak jadi samseng. Kita adalah sama. Dah sampai masa kita jadi kuat
dan bersatu padu. Bersama kita menuju kejayaan.
Ingat:
Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku - Az-Zariyat:56